Khamis, 10 September 2009

recently

selasa lepas aku kuar berjalan p sogo, jalan TAR ngan mid bersama khaizurah atau lebih dikenali sebagai kye dikalangan kami atau jurah dikalangan familinya. penat o jalan, sgt2 menduga iman dan stamina. hasil dari jalan2 aku telah memborong 8 box of almond london, sebungkus kuih batang buruk (sedap o, nda tipu) dan beg sandang berwarna putih. susah juga time mau beli kuih ni. ya la, bulan puasa kan, mana dapat test. tapi, aku tetap dapat merasa kuih2 tersebut, 'cuti2' malaysia la katakn, hehe..time mau try dkt gerai first tu, aku duduk bertinggir tepi meja. aku tgh kiri, aku tgk kanan, aku tgk dpn, aku tgk blkng. aku tgk atas dari tmpt aku bersembunyi di tepi meja tu. aiseh, ada org tgk la pula. sebok ja la mamat ni (aku rasa dia ni kwn kpd peniaga kuih. bising2 la dia ckp aku x puasa). malunya tapi aku teruskan juga aktiviti menyumbat kuih dalam mulut aku, aku sumbat dan kunyah cpt2. takut lagi ramai org nampak. byk juga gerai aku try kuih2 dorg, adalah dalam 3 gerai tapi last2 aku beli di kedai yang first juga. boleh tahan la juga kuih dorg, layanan terhadap customers pun ok, sgt ok (aku jarang memuji peniaga ni. klu aku puji ertinya mmg ok la tu). lepas beli kuih tu, kami pun beredar la dari sana mau p mid pula. aduh, penatnya mendaki jambatan panjang yang menghubungkan stesen komuter dgn sogo. sdhla panjang, cerun dan curam lagi. penat, penat. aku yang x puasa ni lagi penat, apa lagi kawan aku tu. tapi, sabar, sabarr, dugaan. sampai2 ja di stesen komuter, aku dh x larat. haus. sdhla makan benda manis2 sblm tu, lagi la aku kepingin mau minum air. apa lagi, kami singgah kedai, aku beli sekotak milo. sampai ja tempat tersorok terus aku p minum, x tertahan rasanya haus aku tu, huhu...hbs minum x lama kemudian komuter pun sampai. cont. journey to mid pula, hehe...di mid kami lepak2 di tempat tukar nappy baby. bestnya dapat menyandar atas sofa yang empuk, seronok btl, hilang sekejap rasa penat. lepas rehat then kami p lokar bawah utk simpan barang. aku x sangka rupa2nya kuih raya sgt berat, huhu..pastu kami g momo. aku tgk2 ja. kye yang membeli. dari momo lepak mph. best. siap bbt bising, urut2 kaki ngan baring2, lagi kami di sudut membaca tu. pastu p jusco. then p food court. as usual aku makan vege food, nyam2, byk pula org kaunter tu bg, kenyang aku makan. pas makan jalan2 jap then balik. nasib bek tren x delay dan yang paling bestnya x ramai org. bahagianya dapat duduk dlm tren yang sejuk dan laju, hehe...setelah hampir setengah jam dlm tren maka aku pun sampaila stesen yang dituju. penat sgt. x sabarnya aku mau mandi time tu. disebabkan malas menunggu bus so aku pun naik ja la taxi. sampai bilik, rehat jap pastu mandi. kol mr bobo then turi. so sleepy...

Tiada ulasan: