Khamis, 13 Ogos 2009

perihal saya edisi keluarga

Nama saya miss Y. Saya dilahirkan pada bulan Ramadhan (if x silap). Saya mempunyai empat orang adik-beradik. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang boleh dikatakan strict dan mementingkan adab sopan dan tatasusila. Time keci2, saya pernah di lada oleh mummy saya disebabkan satu kes yang malas saya nak cetakan di sini.Saya masih ingat lagi pada waktu itu saya menangis teresak2 selepas di lada. Mujurlah ada atok saya. Atok saya telah membelanja saya dan adik saya mamam eskrem di Tanjung Aru Supermarket untuk menghilangkan esakan nangis saya yang x pandai mau stop2. Itu ceta lama saya. Sekarang supermarket itupun sdh tutup. Bapa saya cakap kedai tu bankrupt, fengshui tidak bek konon. Banyak kali juga permis itu bertukar milik dan akhirnya hanya Sunny sahaja yang nampak gayanya tidak pernah surut dengan kedatangan pengunjung2 seperti kami sekeluarga. Kami merupakan pelanggan tegar kedai tersebut. Boleh dikatakan hampir setiap hari pergi sana. Saya rasa pekerja2 even tauke kedai tu pun kenal sudah dengan kami satu famili.

Ok. Cukup ceta pasal kedai tu. Sekarang saya mau ceritakan perihal hidup saya sehingga kini. Pada tahun 1994, mummy saya telah further study dan jarang2 balik rumah. Sementelahan mummy saya p study, kami adik-beradik telah dijaga oleh bapa, atok, nanny ngan anutie saya apabila dia pulang bercuti. Memang sunyi xda mummy di rumah, mau kol selalu tapi panggilan antarabangsa sangatla mahal. Maka dalam sebulan tu kadang-kadang bercakap dengan mummy tidak lebih dari 10 kali dan setiap kali bercakap tidak lebih dari sejam. Sejak mummy p sana, saya belajar hidup berdikari. Menjelang saya masuk darjah 4, saya sudah pandai masak maggi dan goreng telur. Masuk darjah 5 pula saya sudah pandai masak nasi goreng sotong. Sedap. Saya bagi adik2 saya makan dan mereka makan dengan berseleranya. Time darjah 6, mummy saya habis belajar dan pulang ke tanah air. Saya masih ingat malam tu malam sabtu dan hujan turun dengan lebatnya. Saya tunggu mummy saya di eport. Tunggu, tunggu dan tunggu dan tidak lama kemudian saya nampak mummy saya keluar dari balai berlepas. Huhu, seronoknya dapat jumpa mummy. Selepas mummy pulang, atok melawat kami hanya pada hujung minggu. Saya sangat rapat dengan atok. Ramai yang mengatakan sayalah cucu kesayangan atok. Ya la, hanya saya seorang yang tidak pernah dimarahi oleh atok. Adik saya kadang-kadang menggunakan nama saya untuk cover kesalahan yang dia buat. Pernah sekali adik saya rosakkan pintu kereta atok dan adik saya suruh saya mengaku saya yang buat. Saya dengan lurus bendulnya cakapla dengan atok yang saya sudah rosakkan pintu kereta. Atok diam. Atok masuk bilik dan memanggil saya. Saya sudah start nervous time tu. Begitu juga dengan adik + kazen2 saya, ya la, takut saya kena marah ka, kena pukul ka. Sekalinya bukan itu yang berlaku. Rupa-rupanya atok mau bagi saya mangga yang dia sudah kupas dan simpankan untuk saya. Saya keluar dari bilik atok dengan tersenyum lebar sambil mamam mangga. Mereka2 yang lain seperti tidak percaya saya tidak dimarahi sebab seperti yang diketahui umum oleh member2 famili saya, atok seorang yang panas baran lebih2 lagi kalau barang dia rosak atau hilang.

Sekarang saya mau ceta perihal mummy n bapa. Mummy saya lebih strict berbanding bapa. Mummy sangat garang. Kadang2 time keci2 dulu akan ada sesi brainwash pada waktu malam sebelum tido sekiranya ada tingkah laku kami yang tidak berkenan di hati mereka. Diam ja la kami adik beradik mendengar. Bapa pula jenis cool. Tapi bab belajar susah sikit dia mau consider. Pernah sekali tu saya hampir dipukul guna hanger sebab tidak hafal sifir. Bikin takut. Mummy pun strict juga pasal belajar ni. Pernah sekali saya mematahkan hati mereka berdua dengan tidak memperolehi keputusan yang mereka inginkan. Sedih saya melihat mummy ketika itu. hampir sehari juga kami tidak bertegur. Saya mau tegur tapi takut jadi saya hanya mampu berdiam diri sambil menangis senyap2. Saya akui memang saya yang silap tetapi apa yang berlaku tidak akan dapat diubah. If only i could turn back time, saya xkan main dalam kelas sewaktu belajar. Peristiwa itu memang meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hidup saya kerana for the first time saya rasa saya seorang yang gagal. Ia antara detik2 hitam yang tidak dapat saya lupakan tetapi akhirnya it lead to a brighter future. Mummy membelikan saya nombor baru sebagai langkah pertama to start a new life. Hanya famili serta beberapa orang rakan sahaja yan tahu kewujudan nombor itu. Saya tahu rasionalnya mummy berbuat sedemikian. TQ mummy n bapa sebab tidak berputus asa dan masih percayakan anakmu ini. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Since then, my study improved sikit demi sikit, alhamdulillah. Hopefully kejadian sebegini tidak akan berulang lagi.

Adik beradik? Saya ada dua adik lelaki dan sorang adik gurl. Boleh dikatakan saya rapat dengan mereka bertiga. Time keci dulu, saya rapat dengan adik saya yang first. Beza umur kami hanya setahun. Dialah sahaja kawan saya bermain di rumah sebelum kemunculan adik2 saya yang lain. Hanya saat suka kami kongsi sama, saat duka jarang sekali. Besala lelaki, keci2 pun sudah ego. Apabila adik saya yang kedua dilahirkan, saya semakin jajal dan sering membuat onar. Pernah sekali saya korek tanah cari cacing. Memang saya cukup bertuah sebab jumpa cacing yang agak panjang. Jumpa2 ja cacing terus saya tunjuk depan muka adik saya yang first tu. Terus demam woo dia. Begitu juga adik saya yang kedua ni. Saya tunjukkan dia ikan besar berwarna hitam yang saya dapat dari kolah, terus demam juga. Bila difikir balik, kejam juga saya ni time keci2 dulu. Muncul adik ketiga, perangai still macam tu juga. Tapi kali ni saya tidak memeranjatkan dia, saya tertolak dia jatuh tangga pula. Kejadian ini berlaku secara tidak sengaja dan tanpa niat. Sorry ah firah. Along la orang yang firah cari-cari selama ni. Adik saya ingat2 lupa kejadian ni tetapi setiap kali dia teringat mesti dia akan tanya sapa yang tolak dia dulu dan saya hanya mampu memalingkan muka sambil tersenyum evil.

Tiada ulasan: